Semenjak dua menjak ini,hati gua menjadi tak keruan.Makan kenyang,tapi susah berak.Mandi tak basah,tapi kuyup.Tidur tak lena,tapi gua tidur pukul 8 malam dan bangun pada pukul 8 malam berikutnya.
Oh apakah ini?
Gua rasa ini mesti berpunca dari mesej secret admire yang gua terima sejak kebelakangan ini.(tu dia,ayat tatabahasa tahap dewa dah keluaq).
"I teringin nak kasi tau you all tau.Tapi I malu.Ahaks,"kataku sambil duduk bersimpuh meragut lalang2 yang berkeliaran.
Okeylah,gua storylah sikit.Gua dilahirkan dari perut ibu gua pada tahun 1993.Pada waktu itu,gua belum mengenali apa itu handphone.Perkataan pertama yang gua sebut bila keluar dari perut mak gua ialah Ipad.Doktor2 yang menyambut gua pun bercadang untuk menamakan gua sebagai Siti Ipad.Namun,setelah ditibai oleh mak gua menggunakan kayu hoki,doktor2 itu pun menyedari kesilapan mereka,lalu kembali ke jalan yang benar.
Tu takda kaitan kot.
Sejak kebelakangan ni,gua selalu jer terima mesej dari seseorang.Mula gua ingat tapir2 gua mesej.Sebab dorang hanya mesej gua kalau nak mintak kredit.Paling tidak pun,mesej sebab nak ejek gua bila Arsenal kalah.Pa boleh buat,tapir2 gua team QPR.Cilanat.So,gua malas nak layan.Siap kasi bisu lagi phone gua.
Then,bila gua check inbox gua.Mak datuk,4044 unread mesej.Gua pun terus menghidupkan enjin motor gua dan pecut pergi kedai 4D.Mana tau nombor 4044 kena jackpot.Dapat gua beli pagar baru berserta cempedak2 yang berada di luar pagar tu sekali.Eh,tak.Tu cerita lain.
Mesej yang gua terima tu pelik.Ayat2 dia pun sangat pelik.Pelik sekali.Pelik.Pelik.Pelik.
Gua cuba reply."weh,lu sapa hah?mesej2 gua ni?"
Namun tak dibalas.
Gua tak putus asa.Gua menyamar jadi pengembala kambing.
"Incik manis,saya sudah sate kan kambing2 incik.Bila incik mau itu sate sotong,eh salah,sate kambing?"
Namun,beliau sangat licik.Beliau tak mudah terpedaya dengan helah gua.
Orang itu pun tak putus2 asa mesej gua.Bila gua kat dalam kelas pun mesej masuk.Masa berak pun mesej masuk.Asal bukak phone jer,konfirm mesej beliau masuk.Tapir2 gua pun pernah terbaca mesej dari orang itu.Tapir2 gua pun ape lagi.Siap usik2 gua."Muka macam lu pun ada orang nak mesej?"kata Tapir gua.Gua pun malu2.Blushing2 gitu.
blushing siot! |
Gua showlah mesej yang beliau hantar kat gua.
Jap.
Nah,ni gambor nya.
Gua pun tak kenal sapa tuan punya mesej ni.Siapa2 je diri awak tu,sila mengaku okey.Jangan seksa gua macam ni.Ngaku jer sapa diri lu.
Okeylah,gua nak blah dulu.
Assalamualaikum.
(perhatian,ini hanya cerita rekaan semata-mata dan takde kaitan dengan yang hidup ataupun akan mati.Kang percuma gua disaman selkom.Grau jer bro.chill
No comments:
Post a Comment