AQ DAK SHOT

Thursday, 2 August 2012

PENAMPAR

Penampar free.





Yo gabba2 everybadeh,


Dewasa ini,gua semakin suka pakai perkataan "penampar".Entah apehal.Maybe,sebab penampar adalah sedekah yang paling mudah untuk diberikan kepada semua orang tanpa mengira ketebalan kulit pipi.


Antara penampar dan terajang,gua pilih terajang.Pasai pa?sebab terajang ni gua rasa mudah untuk di elak.
Kalau penampar,susah nak elak.Sebab,kelajuan objek berjisim sederhana seperti tapak tangan,adalah laju jika digerakkan dengan kelajuan yang disertakan dengan emosi dan tenaga letrik.Dalam bahasa lainnya,kalau orang dah beri penampor,kau tak sempat elak.
Dua2 penampar,aku tak sempat elak..(monolog dalaman laki kata atas nih)
Kalau dalam drama pun,asyik nak main tampar je.Aku pun rasa nak tampar2 jer muka director drama tu.
Contohnya scene macam ni:


Zaki:Mama,tapir Zaki mengandung.
Mak:Apa?*terus tampar pipi anak*.Sampai hati you cemarkan maruah keluarga kita.
Zaki:Tapi,bukan Zaki yang..
Mak:Menjawab lagi.*tampar lagi*
Zaki:Sakit la mama.Zaki menangis kang.
Mak:You kan,nama je anak lelaki.*tampar lagi*


15 minit selepas itu...


Mak:Mama nak pergi solat jap.Lepas solat kang,mama sambung tampar kau balik.


See.Tak habis2 nak tampar.Gua rasa main tampar2 ni betul2 kurang ajar.Gua pantang betul tengok orang menampar ni.Walaupun takat berlakon je.Gua rasa nak gilis jer pakai jengkaut.Kalau tak pun,gua rasa nak cincang jer jadi corned beef,pastu bagi tapir gua kunyah.


Tapi,babak tampar ni best jugak.Maksudnya,lakonan dorang mantap,sebab berjaya buat gua emo & baling TV gua keluar dari tingkap jiran.


Dalam TV lah.Babak menampar femes:

  • Nenek berkedut,tapi masih nak mekap lawa2,tampar cucu dia.
  • Perempuan tampar perempuan lain.Sebab berebut tuala wanita.
  • Bapak tampar anak lelakinya sebab anaknya tak nak kawen dengan pilihan bapaknya.
  • Awek menampar pakwe nye,sebab pakwe nye curang.
  • Sifu kung fu tampar lalat.
  • Lalat tampar sifu kung fu tu balik.

Takpelah,nanti,bila dah besar,kiteww nak buat movie.Tajuk dia adalah:
Plot movie ni:Dari awal cerita ni,Badrul(hero) ditampar Zaitun(heroin).Dan Zaitun ditampar Badrul.Tiba-tiba,Badrul mati kerana ditampar.Tamat.


Nampaknya,aku takde bakat nak buat movie.Kbai.Assalamualaikum.


*Tapi,kalau main tampar2 ni da juga eloknya kan?Dapat menaikkan industri tampar-menampar tanah air.Haha.



No comments:

Post a Comment