AQ DAK SHOT

Thursday, 2 August 2012

CINTA KONKRIT

Cintaku Tersungkur di Atas Konkrit.




Gua masih tidak percaya.Air mata mengalir deras dari bijik mata gua.Beberapa ekor serangga menumpang picnic di tepian air mata gua itu.Tahi sungguh.


Kaki gua semakin sakit.Dah 3km dah gua berlari nih.Tapi,gua masih tak percaya.Gua kaciwa bah!kecewa.Gua rasa ditipu.Gua sedih.Tapi,kaki gua masih berlari-lari.Baru gua faham perasaan Hafiz awan nano tu.


Tiba-tiba,macam biasa,hujan turun.Langkah gua menjadi semakin perlahan.Tapi,gua masih berlari.Scene dah macam drama Korea,apa boleh buat.Ya,gua tengok drama Korea.Terutamanya Dream High.Gua tak pernah miss 1 episod pun.Apa?Gengster macam gua tak boleh tengok drama Korea ka?Tapi,itu bukanlah tujuan gua berlari-lari di pagi raya yang mulia ini.


Berbalik kepada kekecewaan gua tadi.*baca dengan intonasi pembaca berita sukan*


Rasa kecewa gua ini lebih teruk dari kekalahan Bayern Munich hari tu.Hati gua sakit beb.Lebih sakit dari Kassim Selamat yang dicucuk mata guna garfu.Lepas dicucuk lagi dengan spanar.


*Gua berhenti sekejap untuk memasang lagu Ombak Rindu bagi memeriahkan lagi suasana*


Gua pun sambung lari dan menangis.


Gua pun buat tersungkur di atas jalan,bagi menambah effect kekecewaan gua itu.Selepas meraung menangis selama 5 minit,(bukan sebab sedih,gua meraung sebab gua tersungkur dalam timbunan tahi lembu),gua pun berlari lagi.


Eh,jap.Kenapa gua berlari?


Ya,gua kecewa.Maaf.Lupa skrip.


Gua masih tidak percaya.Segala kepercayaan dan perasaan cinta gua terhadap Tipah selama ini tidak berbaloi!Rupanya Tipah sudah ada Samsol!


*FLASHBACK*


"Apa semua ni Tipah?Kau curang ya?Siapa laki ni?"gua pun tunjuk ke arah Samsol.


"Laki?Lelaki mane?Takde pun.Ni tapir la bang,"jawab Tipah dengan selamber.Hampeh punya betina.Samsol yang original manusia pun dia cakap tapir.


Samsol pun pura-pura merangkak dan mengembek.


"Sudahlah.Nak menipu pun tak pandai.Tapir mana pandai mengembek?Tapir mengokok!Blah la lu!"kata gua.


Flashback gua terhenti apabila gua tersungkur sekali lagi.Kali ni gua landing dalam timbunan najis mughallazah.


Gua pun berpaling ke arah kamera lalu berkata "Gunalah sabun sertu untuk menyucikan najis mughallazah.Saya sudah mencubanya.Anda pula bagaimana?"



No comments:

Post a Comment