AQ DAK SHOT

Thursday, 2 August 2012

SATU MALAM IDUNG MENGEMBANG

Hari semakin gelap.


*que music saspen*


Gua memulas handle motor sekuat hati.Gua lihat meter.Speed dah melebihi 100 km/h tapi gua rasa macam gua gerak 10 km/h.


Gua rasa sejuk.Memang pun.Gua pakai sweater nipis jer tadi.


Menyesal gua tak bawak kereta tadi.Ingatkan jalan raya malam2 macam ni meriah.Siap ada tarian naga & robot tenpomes yang menari poco2 di tengah jalan.


"PAPPPP!!!"


Bunyi serangga yang terlanggar visor helmet gua.Serangga itu jatuh di pangkuan gua.Sambil terketar2,serangga itu berkata kepada gua "Kalau aku dah takde nanti,jangan lupa..urhh..jangan lupa..uhuk,uhuk..jangan lupa sembahyang 5 waktu...".Serangga itu pun menghembuskan nafasnya yang kedua terakhir."Dan jangan lupa..cuci kaki sebelum tido..."Serangga itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Well,malam2 camni memang banyak serangga terbang.Penglihatan gua pun terbatas sebab helmet gua dikotori mayat serangga2 itu.


Jalan raya semakin sunyi.Motor gua still jugak 100 km/h jer.Gua pasrah dengan maximum speed yamaha legendz 110 gua yang serupa pepenyu itu.


Menyesal gua tak terima lamaran Prince William dulu untuk menjadi tukang pencabut bulu ketiak diraja.Kalau tak,mesti gua dah tunggang Kawasaki Ninja ZX-6R dh sekarang ni.Konfim dalam 2 minit jer gua dah sampai rumah.1 minit merempit.1 minit lagi untuk kentut.


Tiba di satu jalan..suasana pandai2 jer bertukar seram.Bau wangi mula menusuk lubang hidung gua.Tidak mungkin bau gua,sebab gua berbau peluh jantan campur bau kentut kerbau.


Cam besa lerr,dalam cerita2 hantu tu.Konfim ada bau wangi.


Gua pun memecut sambil mulut gua terkumat kamit berzikir.Aisehmen.Dah time camtu,baru hang nak berzikir?apa punya manusia lah.

Sesekali,gua jeling side mirror.Mana tau kalau ada 'akak' yang tetiba menumpang.



Sampai di simpang 3,gua terdengar ringtone lagu Undercover of Darkness -by The Strokes dari beg raket di belakang gua.Mesti family gua call ni.Maklumlah,anak dara tak elok merempit lepas maghrib macam nih.


Belakang gua pun semakin lenguh.Kalau ada 'akak' tumpang gua tadi best jugak.Boleh gua minta dia urutkan belakang gua sambil2 gua merempit tu.


Setelah berhempas pulas mengumpul setem sambil memandu motor,gua akhirnya sampai di rumah gua.


Begitulah kisah gua hari ni.Terima kasih kerana sanggup membazirkan masa anda untuk membaca kisah yang mengarut ini.




No comments:

Post a Comment