AQ DAK SHOT

Saturday, 4 August 2012

Gua adalah seekor Tapir.Nama gua Miyapir.Sempena nama Miyabi,tapirstar jepun itu.Gua di lahirkan di sebuah hutan belantara yang ditadbir oleh Tarjan.Ya,usah lu beritahu gua.Gua tahu Tarjan itu gay.Isterinya,Jane itu hanyalah sebagai tukang cover kegiatan lahanat Tarjan itu daripada di hidu oleh JAIS mahupun Mokgobja dan ManCity.Jane diupah berlakon menjadi isterinya sahaja.Tetapi,seisi hutan tahu akan Tarjan yang gay itu.


Okeh,nampaknya gua dah lari topik.


Ibu gua tenggiling manakala ayah gua penyu.Jadi,gua adalah half penyu,half tenggiling.Gua berkebolehan untuk menggulungkan diri.Bangsa gua adalah penyu kalau mengikut sijil beranak.Namun,gua telah diangkat oleh sepasang Tapir yang mandul.Jadi,sekarang gua adalah Tapir.


Gua selalu dibuli kerana gua berlainan dari Tapir yang lain.Badan gua bercangkerang,tetapi gua alergik dengan kangkung.Gua hanya makan semut.Wajah gua maskulin,bibir gua pink.Mata gua biru laut sebab ayah gua penyu miami,penyu omputeh.Gua ada lesung pipit dan gigi yang lurus.Dapat bayangkan bertapa hodohnya gua?
nilah muka gua.hodohkan?
Gua selalu dibuli.Gua digulung2,dilantun2 dan dijaringkan.Gua diperlakukan seperti bulu tangkis oleh para Tapir di hutan.Tapi,gua bersabar.


Pada satu hari,gua terlihat satu poster.Poster inilah yang telah mengubah hidup gua.



Gua terus balik rumah dan menelan berkilo2 julap.Setelah 5 minit berbuat sedemikian,tambah 4 jam gua berak,akhirnya,usaha gua tidak sia2.Gua telah menjadi seorang...


Penyu hijau yang menutup mata pakai kain biru!!taklah hebat mana pun formation gua.Tapi,gua rasa yang kaler kuning tu spender gua.


Gua pun mencari penyu2 yang senasib dengan gua.Akhirnya gua berjumpa dengan 3 lagi penyu separuh tenggiling.Kami pun jadi kamceng & menubuhkan satu persatuan bulan sabit merah yang diberi nama....TMNT!(TAHI MONYET NAKAL TAK?)


Kami bertugas mengumpul plaster2 yang telah digunakan untuk dijual di pasar malam bagi mengumpul dana untyk kebajikan monyet2 yang berak bersepah!


KAMI PENYU BERHATI TAPIR

Jadi,jika anda memerlukan perkhidmatan kami?boleh lah hubungi kami melalui blog Iron Girl ini.Hanya dia sorang saja yang sanggup jadi ejen kami!


Kami chow dulu!ada tahi monyet yang perlu dikutip!


Peace Out!Assalamualaikum.
*****************************
>Ekceli,gua pun tak tau apa motif gua buat entry ni.
>fikir nak buat kisah hidup tapir,tapi entah camne boleh sampai ke penyu.


Gua adalah seekor Tapir.Nama gua Miyapir.Sempena nama Miyabi,tapirstar jepun itu.Gua di lahirkan di sebuah hutan belantara yang ditadbir oleh Tarjan.Ya,usah lu beritahu gua.Gua tahu Tarjan itu gay.Isterinya,Jane itu hanyalah sebagai tukang cover kegiatan lahanat Tarjan itu daripada di hidu oleh JAIS mahupun Mokgobja dan ManCity.Jane diupah berlakon menjadi isterinya sahaja.Tetapi,seisi hutan tahu akan Tarjan yang gay itu.


Okeh,nampaknya gua dah lari topik.


Ibu gua tenggiling manakala ayah gua penyu.Jadi,gua adalah half penyu,half tenggiling.Gua berkebolehan untuk menggulungkan diri.Bangsa gua adalah penyu kalau mengikut sijil beranak.Namun,gua telah diangkat oleh sepasang Tapir yang mandul.Jadi,sekarang gua adalah Tapir.


Gua selalu dibuli kerana gua berlainan dari Tapir yang lain.Badan gua bercangkerang,tetapi gua alergik dengan kangkung.Gua hanya makan semut.Wajah gua maskulin,bibir gua pink.Mata gua biru laut sebab ayah gua penyu miami,penyu omputeh.Gua ada lesung pipit dan gigi yang lurus.Dapat bayangkan bertapa hodohnya gua?
nilah muka gua.hodohkan?
Gua selalu dibuli.Gua digulung2,dilantun2 dan dijaringkan.Gua diperlakukan seperti bulu tangkis oleh para Tapir di hutan.Tapi,gua bersabar.


Pada satu hari,gua terlihat satu poster.Poster inilah yang telah mengubah hidup gua.



Gua terus balik rumah dan menelan berkilo2 julap.Setelah 5 minit berbuat sedemikian,tambah 4 jam gua berak,akhirnya,usaha gua tidak sia2.Gua telah menjadi seorang...


Penyu hijau yang menutup mata pakai kain biru!!taklah hebat mana pun formation gua.Tapi,gua rasa yang kaler kuning tu spender gua.


Gua pun mencari penyu2 yang senasib dengan gua.Akhirnya gua berjumpa dengan 3 lagi penyu separuh tenggiling.Kami pun jadi kamceng & menubuhkan satu persatuan bulan sabit merah yang diberi nama....TMNT!(TAHI MONYET NAKAL TAK?)


Kami bertugas mengumpul plaster2 yang telah digunakan untuk dijual di pasar malam bagi mengumpul dana untyk kebajikan monyet2 yang berak bersepah!


KAMI PENYU BERHATI TAPIR

Jadi,jika anda memerlukan perkhidmatan kami?boleh lah hubungi kami melalui blog Iron Girl ini.Hanya dia sorang saja yang sanggup jadi ejen kami!


Kami chow dulu!ada tahi monyet yang perlu dikutip!


Peace Out!Assalamualaikum.
*****************************
>Ekceli,gua pun tak tau apa motif gua buat entry ni.
>fikir nak buat kisah hidup tapir,tapi entah camne boleh sampai ke penyu.



nie anak buah gua......taiko mude
korung nampk dye ganas tapi dalam aty dye ad choki-choki..........huhay..k ar nie je gua tulis tuk  ari nie....gua nak basuh berak tapir gua

Thursday, 2 August 2012

tips elak ngigau

Tips2 Elak Mengigau


Yo gabba2 everybadeh,

Gua nak gi berak kat bulan.
Sekarang dah pukul 3 pagi.Gua tak dapat tido.Gua takut pulak gua ngigau nanti.Yup,true story.Gua jenis mengigau and tahap mengigau gua rasanya dah mencapai tahap berjalan dalam tido.Tu tak termasuk bercakap dengan dialog yang panjang.Member & roomate gua pun tetiba seram tengok gua mengigau.And duduk kat corner katil.(tetiba)

So,gua nak kasi tips lah bagi mengelak penyakit ngigau nih.
  • Ikat kaki dan tangan lu kat katil.So,lu takkan dapat bergerak pergi mana2.
  • Jangan basuh kaki sebelum tido.Lumurkan kaki dalam lumpur,tong sampah ataupun tangki kumbahan & teruslah tido.
  • Lu gantung benda berat seperti periuk nasi atau sterika berdekatan kepala lu.Bila lu bangun dari tidur sebab ngigau,konfim kepala lu terhantuk kat benda tu.So,lu akan pengsan balik kat bantal lu sampai besok pagi.
  • Cellotape kan mulut lu supaya lu tak bercakap dalam tido.Nak senang,jahit jer mulut lu.Lagi bagus.
  • Minum petrol atau minyak tanah sebelum tido.Dengan cara ni,lu takkan bangun & mengigau sampai bila2.
  • Tido kat tempat yang merbahaya.Contohnya,kat atas pulau kecil yang dikelilingi jerung.Konfim lu kecut nak ngigau.Kang free lu jadi makanan sahur para jerung.
  • Tido dalam keranda.Konfim lu otomatik terdiam.
  • Ikat tangan lu kat tangan bini or laki lu.(ni bagi yang dah kawen.ngiahah).Ikat dekat haiwan peliharaan pun boleh.Tak salah kalau lu ikatkan kat leher ikan emas atau tapir lu.

Gua rasa berkesan kot.

Ngeh3.Don't try this at home or at your tapir cage.

Chow dulu.Assalamualaikum

secret admire

Secret Admirer (bukan tapir)




Semenjak dua menjak ini,hati gua menjadi tak keruan.Makan kenyang,tapi susah berak.Mandi tak basah,tapi kuyup.Tidur tak lena,tapi gua tidur pukul 8 malam dan bangun pada pukul 8 malam berikutnya.


Oh apakah ini?


Gua rasa ini mesti berpunca dari mesej secret admire yang gua terima sejak kebelakangan ini.(tu dia,ayat tatabahasa tahap dewa dah keluaq).


"I teringin nak kasi tau you all tau.Tapi I malu.Ahaks,"kataku sambil duduk bersimpuh meragut lalang2 yang berkeliaran.


Okeylah,gua storylah sikit.Gua dilahirkan dari perut ibu gua pada tahun 1993.Pada waktu itu,gua belum mengenali apa itu handphone.Perkataan pertama yang gua sebut bila keluar dari perut mak gua ialah Ipad.Doktor2 yang menyambut gua pun bercadang untuk menamakan gua sebagai Siti Ipad.Namun,setelah ditibai oleh mak gua menggunakan kayu hoki,doktor2 itu pun menyedari kesilapan mereka,lalu kembali ke jalan yang benar.


Tu takda kaitan kot.


Sejak kebelakangan ni,gua selalu jer terima mesej dari seseorang.Mula gua ingat tapir2 gua mesej.Sebab dorang hanya mesej gua kalau nak mintak kredit.Paling tidak pun,mesej sebab nak ejek gua bila Arsenal kalah.Pa boleh buat,tapir2 gua team QPR.Cilanat.So,gua malas nak layan.Siap kasi bisu lagi phone gua.


Then,bila gua check inbox gua.Mak datuk,4044 unread mesej.Gua pun terus menghidupkan enjin motor gua dan pecut pergi kedai 4D.Mana tau nombor 4044 kena jackpot.Dapat gua beli pagar baru berserta cempedak2 yang berada di luar pagar tu sekali.Eh,tak.Tu cerita lain.


Mesej yang gua terima tu pelik.Ayat2 dia pun sangat pelik.Pelik sekali.Pelik.Pelik.Pelik.


Gua cuba reply."weh,lu sapa hah?mesej2 gua ni?"


Namun tak dibalas.


Gua tak putus asa.Gua menyamar jadi pengembala kambing.


"Incik manis,saya sudah sate kan kambing2 incik.Bila incik mau itu sate sotong,eh salah,sate kambing?"


Namun,beliau sangat licik.Beliau tak mudah terpedaya dengan helah gua.


Orang itu pun tak putus2 asa mesej gua.Bila gua kat dalam kelas pun mesej masuk.Masa berak pun mesej masuk.Asal bukak phone jer,konfirm mesej beliau masuk.Tapir2 gua pun pernah terbaca mesej dari orang itu.Tapir2 gua pun ape lagi.Siap usik2 gua."Muka macam lu pun ada orang nak mesej?"kata Tapir gua.Gua pun malu2.Blushing2 gitu.
blushing siot!
Gua pun tak tau lah macam mana nak jelaskan perasaan gua kat orang tu.Secret admire.pergghh.


Gua showlah mesej yang beliau hantar kat gua.


Jap.


Nah,ni gambor nya.
Gua pun tak kenal sapa tuan punya mesej ni.Siapa2 je diri awak tu,sila mengaku okey.Jangan seksa gua macam ni.Ngaku jer sapa diri lu.


Okeylah,gua nak blah dulu.


Assalamualaikum.

(perhatian,ini hanya cerita rekaan semata-mata dan takde kaitan dengan yang hidup ataupun akan mati.Kang percuma gua disaman selkom.Grau jer bro.chill

cenkerit??








Yo gabba2 everybadeh,


Seperti yang lu semua pernah belajar time tadika dulu kala,kebanyakannya makhluk di dunia ini boleh menghasilkan bunyi (perggghh,ayat buku teks pemahaman tahun 4)


Contohnyeeeeee,



Jadi,gua yakin dan percaya bahawa lu semua tahu macam mana bunyi cengkerik.Kalau tak tahu tu,memang buat2 tak tahu.I tahu u buat2 tahu.U ingat I tak tahu yang you tahu.


Okeylah,gua kasi tunjuk lu macam mana bunyi cengkerik nih.

Kenalkan,ni cengkerik anak jiran kazen nenek sebelah datuk pak cik tapir gua.Nama beliau John Sana.


Cengkerik ni berbunyi jika suasana jadi sunyi kan?so,cengkerik ni sinonim dengan suasana yang tetiba jer sunyi.Paling ngam lah bila makhluk ni berbunyi time akward moment.


Gua nak bagi beberapa situasilah,time bila bunyi cengkerik ni patut keluar.


1.Time lu buat lawak tak menjadi.


2.Time lu nak mengurat awek,tapi awek tu diam,korek hidong and pandang muka lu dengan muka seposen.


3.Time lu buat teriakan semangat kat teamates lu tapi sorang pun tak ikut sorakan lu.


4.Time lu lepak dengan cengkerik.


5.Time lu tetiba nyanyi lagu Negaraku kat negara orang.


6.Time lu tetiba panggil Shin Chan dengan nama adam lambert.


7.Jika ringtone henfon lu berbunyi cengkerik.


8.Lu tengah ejek sekumpulan budak2 yang minat Bieber and tiba2 jer orang call lu and ringtone lu keluar lagu Baby.Paling sedih sekali adalah,orang yang call lu tadi adalah Justin Bieber and dia nak ajak lu main istana pasir kat pantai.


9.Time sepanjang lu tunggu at least seorang untuk like status lu.Sepanjang tulah cengkerik akan berbunyi.


10.Time lu duduk exam math.Dari awal sampai habis paper cengkerik akan berbunyi.Ceh.Gua tak suka math.(tetiba)
huhay


Tu je la kot.Gua tak ada idea sebenarnya nak update pasal apa.Lagipun,petang ni ada kem.And gua belum sure nak ikut ke tak sebab gua hanya yakin 99% jer yang gua akan pergi.1% lagi gua simpan dalam tahi.Kalau keluar nanti,cukuplah 100%.


Eh,gua nak berak.


Nampaknya,gua terpaksa pergi.


Okeylah,chow dulu.Assalamualaikum

stady dan game

Yo gabba2 everybadeh,


Sesungguhnya,belajar itu adalah benda yang mustahil.Gua sekarang ni susah betul nak study.Tapir2 gua pun kutuk gua dari belakang.Hek eleh,macamlah gua tak dengar.Dasar tapir celik IT.Gua siap pasang CCTV lagi kat kandang dorang.Segala aktiviti dorang di kandang gua dah record & edarkan dlm format 3gp.Eh?


"Tak pandai insaf la fiqah tu aku tengok.Dah kena kick pun masih nak main,"kutuk dawai kokot gua.For your impormesyen,dawai kokot tu adalah nama melayu bagi stapler.


Tengok,alat tulis gua pun pandai kutuk gua.Isk3..


Asal gua nak pasang niat nak belajar,mesti ada2 jer benda jadi batu penghalang.


Nak tukar lampin tapir gua lagi.Kesian..masih baby lagi tapir tu.Kena tinggal kat depan pintu rumah gua.Entah cilanat tapir mana yang tinggalkan baby tapir tu.
*cadar bunga2 tu bukan cadar katil gua okey?cadar tapir gua ..harap maklong*
Gua rasa nak tanam hidup2 jer laptop gua.Nak beri tapir gua simpan,takut terganggu pulak pelajaran dorang.Kang tiap2 malam DOTA. 


Pastu gua 'terbukak' game COD dalam laptop gua.Tak berniat sebenarnya.Tapi,member gua cakap best,gua pun 'terbukak' lagi.And gua 'termain'.And disebabkan 'termain',gua 'tertido' lewat malam tadi.
Asal gua nak sentuh buku,mesti saka gua hasud jgn sentuh..pndng pon jngan.


Nasib baik gua takde balak.Kalau tak,meraung balak gua sebab gua abaikan dia and utamakan game.Haiya.
gua memang suke maen game..........jngn jealous
Petang memang tak dapatlah nak study,sebab ada training squash.Yeah,gua pergi Perlis,tournament kat situ,kalau jadi lah.InsyaAllah.


Gua tak sabar nak abes sekola.Argghh,tak sabar nak kerja,pastu beli kawasaki ninja sebijik.Pastu,cari laki,kawen & beranak.Pastu,hantar anak pergi tadika guna motor kawasaki gua.


Mesti awal2 pagi time dah berkeluarga tu...


Laki gua : Yang,turun,breakfast dulu.
Gua        :  Sorry bang.Abang makan lah dulu.Dah lewat turun kerja ni *sambil pegang helmet*
Laki gua : Habis tu,sapa nak makan nasi lemak abang masak ni * merajuk*
Gua        : Abang bagilah tapir kat belakang rumah tu makan.And,jangan lupa hantar boboy pergi kelas mengaji (boboy tu anak gua.haha)
Laki gua :*Mula menangis*.Ayang ni kan,semenjak kita kawen.Ayang tak pernah bagi perhatian kat abang.
Gua        :Alah abang..jangan merajuk.Nanti ayang belikan lesung batu baru.
Laki gua : *tiba2 happy and tak jadi merajuk*

,gua memang kuat merapu.Eeh,gua tak nak la jadi isteri yang pijak kepala suami ni.Hahaha.


Tapi,gua mesti belajar.Kalau tak belajar,macam mana nak belikan laki gua lesung batu baru?


keyh..chioww

SATU MALAM IDUNG MENGEMBANG

Hari semakin gelap.


*que music saspen*


Gua memulas handle motor sekuat hati.Gua lihat meter.Speed dah melebihi 100 km/h tapi gua rasa macam gua gerak 10 km/h.


Gua rasa sejuk.Memang pun.Gua pakai sweater nipis jer tadi.


Menyesal gua tak bawak kereta tadi.Ingatkan jalan raya malam2 macam ni meriah.Siap ada tarian naga & robot tenpomes yang menari poco2 di tengah jalan.


"PAPPPP!!!"


Bunyi serangga yang terlanggar visor helmet gua.Serangga itu jatuh di pangkuan gua.Sambil terketar2,serangga itu berkata kepada gua "Kalau aku dah takde nanti,jangan lupa..urhh..jangan lupa..uhuk,uhuk..jangan lupa sembahyang 5 waktu...".Serangga itu pun menghembuskan nafasnya yang kedua terakhir."Dan jangan lupa..cuci kaki sebelum tido..."Serangga itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Well,malam2 camni memang banyak serangga terbang.Penglihatan gua pun terbatas sebab helmet gua dikotori mayat serangga2 itu.


Jalan raya semakin sunyi.Motor gua still jugak 100 km/h jer.Gua pasrah dengan maximum speed yamaha legendz 110 gua yang serupa pepenyu itu.


Menyesal gua tak terima lamaran Prince William dulu untuk menjadi tukang pencabut bulu ketiak diraja.Kalau tak,mesti gua dah tunggang Kawasaki Ninja ZX-6R dh sekarang ni.Konfim dalam 2 minit jer gua dah sampai rumah.1 minit merempit.1 minit lagi untuk kentut.


Tiba di satu jalan..suasana pandai2 jer bertukar seram.Bau wangi mula menusuk lubang hidung gua.Tidak mungkin bau gua,sebab gua berbau peluh jantan campur bau kentut kerbau.


Cam besa lerr,dalam cerita2 hantu tu.Konfim ada bau wangi.


Gua pun memecut sambil mulut gua terkumat kamit berzikir.Aisehmen.Dah time camtu,baru hang nak berzikir?apa punya manusia lah.

Sesekali,gua jeling side mirror.Mana tau kalau ada 'akak' yang tetiba menumpang.



Sampai di simpang 3,gua terdengar ringtone lagu Undercover of Darkness -by The Strokes dari beg raket di belakang gua.Mesti family gua call ni.Maklumlah,anak dara tak elok merempit lepas maghrib macam nih.


Belakang gua pun semakin lenguh.Kalau ada 'akak' tumpang gua tadi best jugak.Boleh gua minta dia urutkan belakang gua sambil2 gua merempit tu.


Setelah berhempas pulas mengumpul setem sambil memandu motor,gua akhirnya sampai di rumah gua.


Begitulah kisah gua hari ni.Terima kasih kerana sanggup membazirkan masa anda untuk membaca kisah yang mengarut ini.




PENAMPAR

Penampar free.





Yo gabba2 everybadeh,


Dewasa ini,gua semakin suka pakai perkataan "penampar".Entah apehal.Maybe,sebab penampar adalah sedekah yang paling mudah untuk diberikan kepada semua orang tanpa mengira ketebalan kulit pipi.


Antara penampar dan terajang,gua pilih terajang.Pasai pa?sebab terajang ni gua rasa mudah untuk di elak.
Kalau penampar,susah nak elak.Sebab,kelajuan objek berjisim sederhana seperti tapak tangan,adalah laju jika digerakkan dengan kelajuan yang disertakan dengan emosi dan tenaga letrik.Dalam bahasa lainnya,kalau orang dah beri penampor,kau tak sempat elak.
Dua2 penampar,aku tak sempat elak..(monolog dalaman laki kata atas nih)
Kalau dalam drama pun,asyik nak main tampar je.Aku pun rasa nak tampar2 jer muka director drama tu.
Contohnya scene macam ni:


Zaki:Mama,tapir Zaki mengandung.
Mak:Apa?*terus tampar pipi anak*.Sampai hati you cemarkan maruah keluarga kita.
Zaki:Tapi,bukan Zaki yang..
Mak:Menjawab lagi.*tampar lagi*
Zaki:Sakit la mama.Zaki menangis kang.
Mak:You kan,nama je anak lelaki.*tampar lagi*


15 minit selepas itu...


Mak:Mama nak pergi solat jap.Lepas solat kang,mama sambung tampar kau balik.


See.Tak habis2 nak tampar.Gua rasa main tampar2 ni betul2 kurang ajar.Gua pantang betul tengok orang menampar ni.Walaupun takat berlakon je.Gua rasa nak gilis jer pakai jengkaut.Kalau tak pun,gua rasa nak cincang jer jadi corned beef,pastu bagi tapir gua kunyah.


Tapi,babak tampar ni best jugak.Maksudnya,lakonan dorang mantap,sebab berjaya buat gua emo & baling TV gua keluar dari tingkap jiran.


Dalam TV lah.Babak menampar femes:

  • Nenek berkedut,tapi masih nak mekap lawa2,tampar cucu dia.
  • Perempuan tampar perempuan lain.Sebab berebut tuala wanita.
  • Bapak tampar anak lelakinya sebab anaknya tak nak kawen dengan pilihan bapaknya.
  • Awek menampar pakwe nye,sebab pakwe nye curang.
  • Sifu kung fu tampar lalat.
  • Lalat tampar sifu kung fu tu balik.

Takpelah,nanti,bila dah besar,kiteww nak buat movie.Tajuk dia adalah:
Plot movie ni:Dari awal cerita ni,Badrul(hero) ditampar Zaitun(heroin).Dan Zaitun ditampar Badrul.Tiba-tiba,Badrul mati kerana ditampar.Tamat.


Nampaknya,aku takde bakat nak buat movie.Kbai.Assalamualaikum.


*Tapi,kalau main tampar2 ni da juga eloknya kan?Dapat menaikkan industri tampar-menampar tanah air.Haha.



CERPEN-AKU RAMA-RAMA

Aku seekor rama-rama.Nama aku Rain.Pink kegemaranku.


Tapi sebelum tu aku seekor ulat beluncas.Hari-hari makan daun.Pastu,entah macam mane entah time aku rilek2 meragut rumput,boleh pulak badan aku tiba2 mengeras.Mula aku ingat aku nak mati.Kemain lagi aku mengucap.Ko pernah tengok ulat beluncas mengucap?


Tak pernah kan?


So,bila aku nervous.Aku BBM member aku.Lepas tu,baru aku tau yang aku ni nak masuk kepompong.Patut mengeras semacam.Mana la aku tau.Aku tak belajar kitaran hidup rama-rama dalam subjek Kajian Tempatan dulu.


Tak lama kemudian,aku dapat merasakan perubahan ketara ke atas diri ku.Seolah2,aku diberi nyawa baru.Ibarat rambut kau lebat balik setelah berubat di Yu Nam.


Aku keluar dari kepompong.Aku ada sayap beb.Dapatlah aku berlagak depan member2 aku yang tak dapat terbang tu.Macam itik tu.Sayap jer lebih,tapi terbang hampeh.Cam pondan.


Aku apa lagi,happy kemain terbang kat udara.Tak puas di udara,aku buat penerbangan rendah.Tiba-tiba,aku dilanggar sebuah treler.Tamatlah riwayat aku sebagai seekor rama-rama.



CINTA KONKRIT

Cintaku Tersungkur di Atas Konkrit.




Gua masih tidak percaya.Air mata mengalir deras dari bijik mata gua.Beberapa ekor serangga menumpang picnic di tepian air mata gua itu.Tahi sungguh.


Kaki gua semakin sakit.Dah 3km dah gua berlari nih.Tapi,gua masih tak percaya.Gua kaciwa bah!kecewa.Gua rasa ditipu.Gua sedih.Tapi,kaki gua masih berlari-lari.Baru gua faham perasaan Hafiz awan nano tu.


Tiba-tiba,macam biasa,hujan turun.Langkah gua menjadi semakin perlahan.Tapi,gua masih berlari.Scene dah macam drama Korea,apa boleh buat.Ya,gua tengok drama Korea.Terutamanya Dream High.Gua tak pernah miss 1 episod pun.Apa?Gengster macam gua tak boleh tengok drama Korea ka?Tapi,itu bukanlah tujuan gua berlari-lari di pagi raya yang mulia ini.


Berbalik kepada kekecewaan gua tadi.*baca dengan intonasi pembaca berita sukan*


Rasa kecewa gua ini lebih teruk dari kekalahan Bayern Munich hari tu.Hati gua sakit beb.Lebih sakit dari Kassim Selamat yang dicucuk mata guna garfu.Lepas dicucuk lagi dengan spanar.


*Gua berhenti sekejap untuk memasang lagu Ombak Rindu bagi memeriahkan lagi suasana*


Gua pun sambung lari dan menangis.


Gua pun buat tersungkur di atas jalan,bagi menambah effect kekecewaan gua itu.Selepas meraung menangis selama 5 minit,(bukan sebab sedih,gua meraung sebab gua tersungkur dalam timbunan tahi lembu),gua pun berlari lagi.


Eh,jap.Kenapa gua berlari?


Ya,gua kecewa.Maaf.Lupa skrip.


Gua masih tidak percaya.Segala kepercayaan dan perasaan cinta gua terhadap Tipah selama ini tidak berbaloi!Rupanya Tipah sudah ada Samsol!


*FLASHBACK*


"Apa semua ni Tipah?Kau curang ya?Siapa laki ni?"gua pun tunjuk ke arah Samsol.


"Laki?Lelaki mane?Takde pun.Ni tapir la bang,"jawab Tipah dengan selamber.Hampeh punya betina.Samsol yang original manusia pun dia cakap tapir.


Samsol pun pura-pura merangkak dan mengembek.


"Sudahlah.Nak menipu pun tak pandai.Tapir mana pandai mengembek?Tapir mengokok!Blah la lu!"kata gua.


Flashback gua terhenti apabila gua tersungkur sekali lagi.Kali ni gua landing dalam timbunan najis mughallazah.


Gua pun berpaling ke arah kamera lalu berkata "Gunalah sabun sertu untuk menyucikan najis mughallazah.Saya sudah mencubanya.Anda pula bagaimana?"



CERPEN-AKU SEBUAH JAMBAN

*Lagu intro: Lagu KLMU


So macam mana aku nak start cerpen nih.Hah,macam biasa,ikut format tatabahasa.Aku sebuah jamban.Aku diperbuat daripada kayu bakau tempat di mana tenggiling2 berkeliaran.Ya,zoo negara.


"Sikit2 lama jadi bukit,".Aku rasa pepatah tu takde kaitan.Saja nak letak.Cikgu cakap kalau letak pepatah dalam karangan,markah besar wo.


Hari2 kerja aku mengadap bontot orang.Aku rasa kerja aku nih macam takde faedah.Aku suka pakai macam2 jenis perfume.Sebab ramai orang suka bagi aku perfume free.Aku paling suka bau yang petai2 campor sardin tu.


Aku nih jamban awam.Tak semua jamban boleh jadi jamban awam.Aku dulu ambik kos perdagangan kat uitm.Sebab tu aku boleh jadi tandas berbayar.Kira bisnes la tu.


Kawan aku si Senah tu ambik medic.Tulah sekarang dia jadi jamban kat sepital tuh.Untung la.


Aku memang tak banyak kawan.Kalau ada pun,si pontianak tuh.Tiap malam bertenggek atas flusher aku.Tak habis2 berBBM depan aku.Mentang2 aku masih pakai 3310.


Aku sebenarnya tak nak jadi jamban.Aku sebenarnya nak jadi......doktor.Sebab aku nak rawat penyakit buasir dengan sembelit.


Ko ingat aku tahan ke?dahlah sembelit.5 jam pulak dudok dalam badan aku.


Girlfriend?Ah,aku pernah bercinta dengan sebuah sampan satu ketika dulu.Tapi,dia dah berlayar dengan pisang emas,meninggalkan aku.Isk3,frust aku.Semenjak itu,aku jadi pondan.


So,banyak sangat dah kisah hidup aku cerita nih.Kalau buat filem,kalah wo ombak rindu.


Sebelum aku blah,aku nak cakap sikit.


Hentikan kegiatan vandalisma di jamban.Kesian kat kaum aku weh.Si Tipah,jamban sekolah tu,koma sebab tercekik tuala wanita.
Kesian member aku kena tatu..
Ni laki bini mana bergaduh dalam jamban nih?
Tolonglah weh.Ingatlah jasa2 kaum kami selama ini.

PADA SATU MALAM YG MERDU

Di sebuah asrama budak perempuan...

Pundi kencing ku vibrate.Menyesal aku tibai cendol segelen tadi.Cendol si Kiah pun aku tibai.Sirap mangga lagi.Air milo lagi.Segala jenis air mutlak aku dah tibai sebelum tido tadi.

Jam pasir menunjukkan angka 3.Pukul 3 pagi beb.Ni aku malas nih.Asal pukul 3 je,gi toilet.Kemonlah.

Aku pun menggerakkan Maznah yang sedang tido di bawah ku.

"Maznah!Bangun!"aku menggegarkan katil Maznah.

"Bukan salah aku Drogba tinggalkan kelab catur kita!"Maznah pun mengigau.

Budak ni.Aku humban gi perigi kang.Ngigau pulak.Aku pun gerakkan Maznah lagi,kali ni aku terajang.

Maznah terbangun.Beliau memandangku.

"Kau nak ape Jamilah?"tanya Maznah.

"Nak kencing,"

"Alaa,ko kencing je atas tilam macam si Siti tu,"Maznah menunjuk ke arah katil Siti.Kelihatan Siti tido dalam keadaan tersenyum.Beberapa titisan air kelihatan di atas lantai di bawah katil Siti.

Aku pun mengheret Maznah ke jamban.Aku pun melepaskan hajatku.Sambil2 itu aku berbual dengan Maznah.

"Eh, 2 x 2 sama dengan 16 kan?"tanyaku sambil kencing.Maznah tidak menjawab.

"ke sama dengan 17?"tanyaku lagi.Maznah membisu.

Bulu kening ku mula meremang.Namun,ku gagahkan diri lalu menyikat bulu keningku.Aku pun keluar dari jamban.

Kelihatan Maznah memberus gigi.Aku mula syak something.Aku usha2 kaki Maznah."Pergghh,takde kaki.Sah hantu nih,"kataku seorang diri.

Aku pun buat2 cool depan jelmaan Maznah itu.Makhluk menyerupai Maznah itu berhenti memberus gigi dan menoleh ke arahku dan senyum.Kelihatan mulutnya berdarah.Di tangannya ada berus dawai.Aku tersentak.Bila la aku nak pengsan ni?

Maznah masih senyum.Aku pun memulakan langkah untuk ke bilik.Tetiba rasa macam ada orang pegang bahu aku.

"Kau dah tahu eh?"tanya satu suara halus dari belakang aku.Siot,hantu ni pulak.Tanya soalan cepumas.Soalan common dalam cerita hantu budak2 asrama.Bilalah aku nak pengsan ni oi?

"Kau dah tau eh aku pakai ubat gigi ape?"tanya suara halus itu lagi.

Aku menggeleng.Tiba2,Maznah muncul betul2 depan aku.

"Aku pakai Kodomolion.Perisa Stroberi,"kata hantu itu.Aku pun mencapai gayung lalu memukul kepala ku sendiri.Syukur,pengsan juga aku akhirnya.

Aku pun tersedar.Aku terbaring di katil Siti.Hanya Tuhan saja yang tau betapa teringinnya aku nak lempang sapa yang letak aku atas katil hancing Siti itu.

Tamat.


Wednesday, 1 August 2012

Pepatah yang patah


Pepatah yang patah

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.
(Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasa! m biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.
22.Harap kan tapir,tapir makan chipsmore

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

ASAL USUL BAND MALAYSIA



Kumpulan-kumpulan yang anda patut tahu ?

1) Kumpulan Rock yang telah mengerjakan Haji/Abang-abang Haji.....KUMPULAN BAJI

2) Penyanyi yang sering fail dalam karangan sebab guna noktah kat depan ayat.....TITIK PUSPA

3) Penyanyi yang paling demand banyak duit.....HETTY COST ENDANG

4) Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing.....KUMPULAN SPIN

5) Penyanyi yang paling berat dalam sejarah.....ABOT (dalam bahasa jawa bermaksud berat)

6) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya.....O.A.G (Orang Asli Gombak)

7) Kumpulan yang paling murah menerima bayaran.....SCOIN (pakai syiling jer)

Cool Kumpulan Nasyid yang terdiri dari orang jawa.....AL-JAWAHER

9) Kumpulan Rock yang Paling wangi.....MAY (Bau Sabun)

10) Kumpulan Rock Paling Bahaya.....AMUK

11) Kumpulan Rock Yg Terdiri dari Bomoh Professional .....MANTERRA

12) Kumpulan Rock yang takut mandi pagi.....GIEGIEL

13) Kumpulan Rock yang selalu kena migrain.....HEADWIND

14) Kumpulan yang telah mengkormersialkan Roti Benggali Pedas.....GINGERBREAD

15) Kumpulan yang mudah berpecah.....KRISTAL

16) Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri .....LEFTHANDED

17) Kumpulan yang ada power..... KEMBARA (sebab ader DVVT)

18) Kumpulan yang terdiri dari pesawah.....PADI

19) Kumpulan yang paling popular di pagi raya.....TOO PHAT (Ke-too-phat)

20) Penyanyi kesukaan David Beckam.....SITI SARAH

21) Kumpulan yang kejap cantek kejap hodoh.....PRETTY UGLY

22) Kumpulan yang takleh nyanyi kat Europe.....METALASIA

25) Kumpulan yang boleh lihat tapi tak leh pegang.....4U2C

26) Penyanyi yang tak pernah kena speed trapppp.....MELLY GO-SLOW

27) Kumpulan yang sentiasa menyambut 'HARI GURU'.....TEACHERS PET

28) Kumpulan yang susah nak sakit.....MEDICINE

29) Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur.....DR. KRONIK

30) Kumpulan yang buat show kat everest .....IKLIM

31) Kumpulan yang kena sertu apabila di sentuh.....BLACK DOG BONE

32) Kumpulan yang paling bengap walaupun dah kaya.....PAK PANDER

33) Kumpulan yang paling di hormati .....KUMPULAN DEWA

34) Kumpulan yang memperkenalkan Roti Boy di Midvalley.....NEW BOYZ

37) Kumpulan yang tak akan buat show pada bulan lain kecuali bulan 9.....SWEET SEPTEMBER

38) Kumpulan Paling berani.....KAMIKAZE

39) Kumpulan yang selalu gi konvoi.....XPDC

41) Kumpulan yg ada sayap.....WINGS

42) Kumpulan yg suka amik gambar & autograf.....FOTOGRAF

43) Kumpulan yg selalu dapat cari orang (macam along/ceti).....SEARCH

44) Kumpulan yg sering kemarau / kekeringan / horny.....GERSANG

45) Kumpulan yg selalu banteras rasuah.....B.P.R (Bumi Putra Rockers)

46) Kumpulan yg suka dera kucing.....Alleycats

47) Kumpulan yg banyak taik mata.....E.Y.E

48) Kumpulan yg suka tanam bunga ros hitam.....BLACKROSE

49) Kumpulan yg selalu adakan jualan karnival beli belah.....MEGA (Mega Sales)

50) Kumpulan yg ada daya tarikan bumi.....GRAVITY
 
 
 
KUMPULAN2 PENYANYI NK WAT SHOW KAT PIRAMID GIZA

ORANG GLER MAEN BOLA DLAM KAPAL TERBANG

ORANG GILER MAEN BOLA LAM KAPAL TERBANG


Seramai 26 orang gila dari Malaysia telah dibawa ke Amerika untuk berjumpa dengan d0ktor pakar.. Mereka semua telah dibawa dgan sebuah kapal terbang yg besar... Nak dijadikan cerita,sewaktu dalam perjalanan,mereka teramatlah bising nye,kecoh bt0l,bese la..

Kalau da same2 gila,ada je mende bodoh dorg wat. So,kbisingan dorang ni tlah mbuatkan captain pilot marah.. Lalu,cptain pilot ni telah menyuruh co pilot untk mlihat apa yg brlaku di belakang. Apabila saja co pilot melihat apa yg brlaku,trkejut beruk la co pilot bila melihat orang2 gila tsebut sdang brmain bola sepak di belakang...MU vs Chealsea kata org gila 2... Co pilot 2 apa lg ,marah la.

Hoii gila!tak boleh main bola dalam kapal terbang!!

Stelah dimarahi,terdiam la semuanya.terkesima... Namun,selang bberapa minit kmudian,cptain brasa curiga kerana suasana begitu tenang d belakang..senyap jek.. Lalu cptain pilot menyuruh lg co pilot melihat apa yg blaku di belakang. Stelah diperiksa,terkejut beruk lg la co pilot bila mlihat hanya tgal 4 orang gila saja..co pilot hairan lalu brtanya.

Copilot: oi gile,apa da jadi?mana kawan2 seangkatanmu yg lain??
Gila : daa encik pilot x kasik kamik main bola dalam kpal trbang,dorang main la kt luar..ape da gila jugak encik ni.hahah
Copilot : erk,aku pulak gila?habis,apa kamu 4 orang ni buat dalam ni??nape x ikot kawan kamu main kt luar?
Gila: Encik ni gila ke?kan kami ni pemain simpanan.....


ORANG GILER

GELARAN

NAMA GELARAN



Pandai tanam bunga, diberikan nama -Rosman.
Pand ai membaiki kereta, namakan -Karman
Avera ge dalam golf - Parman
Pandai dlm penulisan - Suratman
Gagah perkasa - Suparman
Boleh mendengar sambil berjalan -Wakiman
Sela lu bertanya - Azman (loghat jawa bunyi Asman)
Pandai buat kuih - Paiman
Pakar jualan - Salman
Pakar pasal alam sekitar - JASman (Jab. Alam Sekitar)
Pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu - Saniman
Doktor gigi - Sugiman
Supaya cepat naik pangkat - Yasman
Bakal kaki pukul dan dera orang -Deraman
Yang ada darah Bengali - Manbai
Pandai organise skim cepat kaya -Pakman (Te' Lo)
Mat rock - Rokman
Jadi polis trafik - Saman
Pakar kunci - Lokman
Baik budi pekerti - Budiman
Buat kerja ala kadar - A. Kadarisman
Suka bagi orang susah - Sukarman
Suka mengada-ngada - Ngadiman
Dua alam - Herman
Paling tak guna - Koman
Selalu sakit - Deman
Kalau yang kuat berlawan - Ultraman
Yang suka main daun terup poker -Pokemon
 
 
 
 
 
COMEY KAN KUCEN NI DIADAPTASI JADI PIKACHU...MEOW2

SODAQALLAHULA'ZIM

SODAQALLAHULA'ZIM

Cerite brmula di satu station minyak. Di station minyak nie ada 2 org pekerja yg tau ckap, omputih skit & bahasa bangla yg sememangnye dia pro.tapi ta reti ckap melayu Sorg tu namanye Majid & seorg lg namanye Iqbal.

Pd satu arie berhenti sebuah kete mewah, mercedes utk mengisi minyak.Pemandu kete tu seorg Pak Arab. Kebetulan pula minyak di pam minyak tu dah abis, nie yg membuatkan Iqbal poning kepalo nak bgtau pd Pak Arab tu yg minyak dah abih. Pak Arab tu lak tak tau sepatah haram bahasa melayu, cuma tau omputih skit & bahasa arabnye ler..

Iqbal bgtau PakArab tu sambil menyebut "fuel" & dsusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak abih, tapi Pak Arab tu ternganga tak paham.

Iqbal coba lg sekali dgn menyebut "fuel" & disusuli gerakan memusingkan kepala, tapi Pak Arab tu ternganga luas tak paham!!..Iqbal tak tau nak wat camner..dia pon gi kat Majid utk menerangkan situasisebenar.

Mereka bercakap dlm bahasa bangla, & bunyiknye cam nie..

Iqbal: Majid, tolong aku majid, Pak Arab tu tak tau minyak dah abih..

Majid: ala...ko cakap je la..minyak dah abih..

Iqbal: dah cakap dah, tapi dier tak paham...aku lak, tak tau cakapomputih.. Yes , No, Alrite & I lap U tau ler..

Majid: Aku pun tak tau gak cakap omputih..

Iqbal: ala..ko tolong ler aku..

Majid: ok...aku tau sikit-sikit cakap arab..

Lalu pergi la..si Majid kat Pak Arab tu & dgn selamba dek..nye berkata;"

Fuel!, Sodoqallah'hul.-.azim",

baruler..Pak Arab tu paham & teros blahhh.... dengan jalan kaki menuju ke bandar AWEK..








LAPAR

NASI

  "Abg... tlg dtg umah segera, urgent".

Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta.

Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina... gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja.

Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab.

Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia berdoa sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis.

"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam sendu. "hu... hu... "

" Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"

"Hu..hu"

Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina.

Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what the hell is going on... tell me!!" Suara Hakim kuat kali ini.

Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

"Bang, Ina lapar, nak makan."

KUANG,,KUANG,,KUANG


LAPAR SAMPAI BERAMBUT MATA